Rabu, 11 Ogos 2010

Program Jalinan Kasih



Program yang julung kali diadakan disini berjaya menarik minat ibubapa berkat hasil kerjasama yang digerakan oleh Persatuan Ibu Bapa Guru dan dibantu oleh Pengurusan NCER En. Shamsyul Tajri. Penulis dijemput untuk sekali lagi berkongsi pengalaman hidupnya sebagai hamba-Nya dan pada masa yang sama memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Air mata yang dicurahkan bukan sahaja menjadi sebahagian dari tanda terharunya pelajar akan pengorbanan ibu dan bapa yang selama ini menjaga mereka tetapi juga timbulnya kesedaran dihati nurani pelajar bahawa mereka yang disayangi tidak akan sentiasa bersama mereka buat selamanya. Pelukan erat dan dakapan seorang ayah serta ibu mempu melepaskan berbagai perasaan terpendam yang sekian lama tersimpan dalam diri pelajar.

Dan kata-kata serta bisikan ke telinga “Abah/Ibu, tiada abah/ibu sehebatmu” mampu melumpuhkan kecekalan seorang ibu malahan juga keegoan seorang abah dari menitiskan air mata yang amat berharga, walaupun sebahagian bapa mencuba sedaya upaya mereka menahan air mata dari jatuh ke pipi.

Doa penulis agar semua pelajar Sekolah Kebangsaan Ibrahim bakal menempa sejarah sekali lagi dengan mengekalkan kedudukan sebagai sekolah No.1 di Sungai Petani dan keputusan yang dicapai bakal melahirkan seorang pelajar yang mempunyai sahsiah yang terpuji disamping pencapaian akedemik yang cemerlang.

Amin.

Khamis, 22 Julai 2010

Salam,
Perkembangan terbaru berkenaan SHO sangat hebat diperkatakan. Malah isu yang hangat ini bukan hanya membakar api kemarahan sebilangan SHO tetapi juga terdapat segelintir SHO melihat ini sebagai peluang memperbaiki diri. Terpulang bagi kita untuk menilai sejauh mana perkembangan ini akan menjejaskan masa hadapan SHO. Tetapi yang pasti, OSHA 1994 tidak akan terlaksana sekiranya bantahan dari pihak industri pada masa itu yang mengatakan Malaysia belum bersedia untuk menghasilkan SHO, diambil kira dan terbantutlah suatu Akta yang mampu menjaga pekerja di Malaysia suatu masa dahulu.

Jika kita melihat disudut yang terpencil, perubahan ini bukan sahaja menjadi igauan SHO malahan ianya mampu menutup periuk nasi SHO yang sudah sekian lama selesa. Berbalik kepada misi untuk memartabatkan SHO, langkah harus diambil dan biasanya ia akan mendapat tentangan. Cuba kita lihat 10 tahun akan datang, tatkala seorang SHO dari Malaysia berdiri di suatu forum antarabangsa, dia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah kerana, kompetennya beliau, dia diukur dari segi pelajaran, pengalaman dan kemahiran (OHSAS18001 : Competence :education, experience and skill) yang digarap sepanjang menjadi SHO. Ini terhasil apabila dia menyahut cabaran pada tahun 2010, mencari dan berusaha memperbaiki diri. Berpelajaran tetapi tidak berpengalaman, berpelajaran dan berpengalaman tetapi tidak mempunyai kemahiran; maka lahirlah SHO yang mempunyai berjuta konfigurasi yang cuba memenuhi ketiga-tiga elemen tersebut. Tetapi, seorang SHO yang berpelajaran, berpengalaman dan berkemahiran pasti akan melakar sejarah dalam dunia SHO yang kian mencabar. Jangan kita halang peluang SHO muda untuk berjaya. Jika kita sudah tidak mampu memiliki ketiga-tiganya atas desakan berbagai halangan; salurkan ilmu, pengalaman dan kemahiran yang ada kepada mereka agar sekurang-kurangnya mereka mampu mencapai matlamat SHO dihormati dan disegani. TAKUT BERKONGSI!; ilmu hanya pinjaman semata.

Ada diantara kita berusaha dan menjalankan berbagai cara bagi menghasilkan suatu formula bagaimana untuk membolehkan perkembangan baru ini menjadi satu realiti (syabas saya ucapkan). Tetapi tidak kurang juga yang cuba memberikan pandangan terhadap sesuatu yang belum tentu hasilnya sehingga matlamat menjadikan SHO seorang insan yang disegani dan dihormati dimata majikan terhenti tanpa diberikan peluang yang sepatutnya.

BERHATI-HATI saudaraku, tatkala suatu kaum sibuk mengadu domba, akan ada suatu kaum pula mencuri peluang untuk berada kehadapan dan menyahut seruan perubahan ini. Kita yang bakal menyesal suatu hari nanti. Jangan kita cemburu apabila ada diantara kita mendapat kelebihan, lebih daripada kita; yang mana hasilnya adalah kita merasa tertekan dengan apa yang mereka perolehi. Sebaliknya biar rasa cemburu itu menerbitkan suatu idea/jalan untuk mengetahui bagaimana dia berhasil mencapai kelebihan dan berusaha kearah itu; yang mana hasilnya kita juga mungkin akan mendapat kelebihan yang sama.

Cuba berikan sedikit masa untuk kita berfikir "Dimana saya berada" dan lakar peluang yang ada dengan bertanyakan diri "Kemana harus saya tuju". Saya berkeyakinan penuh, SHO di Malaysia punyai jati diri yang tinggi untuk menyahut cabaran ini. Doa saya, agar semuanya berjalan lancar dan harapan melihat SHO dipandang mulia akan terlaksana. Amin.

Regards
Mapis Md.Jais

Rabu, 10 Februari 2010

Lakaran Kehidupan: Usahawan Kecil



Perkongsian Lakaran Kehidupan seringkali menjadi pembakar semangat anak-anak kecil di sekolah. Penulis mendapat jemputan dari Northern Coridor Economic Region untuk berkongsi pengalaman hidup sebagai usahawan dan pengalaman bagaimana untuk berjaya supaya ianya boleh dijadikan pedoman bagi anak-anak terpilih melakar kejayaan mereka kelak pada satu masa nanti.



Taklimat selama lebih kurang 1 jam berjaya menyentuh hati anak-anak tersebut, lakaran kehidupan dari kecik hingga akhir hayat, yang mana di akhir taklimat mereka telah mengatakan yang mereka ingin berjaya sambil menitiskan air mata tanda mereka bersungguh-sungguh dalam kata-kata yang terkeluar dari mulut.


Bak kata pepatah "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya", ini merupakan suatu usaha murni yang harus diterapkan sejajar dengan perkembangan ilmu dan cabaran kehidupan yang harus di tempuh anak-anak ini. Dimana kita dalam perkongsian ilmu. Dimana kita dalam menyumbang ke arah penghasilan insan yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara satu masa nanti? Adakah kita menjadi pemerhati, pengikut, pencetus idea, pengelola atau pelaksana dalam perkongsian ilmu ini?. Bagaimana harus aku mulakan perkonsian ilmu ini?.

Hanya anda yang dapat menjawab soalan saya ini.


...........Di satu sudut, hati penulis tersentuh melihat isteri dan anak juga menitiskan air mata diakhir taklimat berkenaan.