Khamis, 30 April 2009

Dialog Bersama Pengarah DOSH Penang

Hari ini tercatatlah sejarah di mana buat pertama kalinya NRG-SHE menjayakan majlis bersama dengan DOSH Penang. Aktiviti ini dijayakan bersama dengan Pengarah serta kakitangan DOSH yang sangat komitet dan juga jawatankuasa Protem NRG-SHE. Seramai hampir 100 pengamal keselamatan kesihatan pekerjaan hadir bagi menjayakan aktiviti ini. Antara perkara yang disentuh adalah:

1. Penguatkuasaan terhadap "Company registration" bagi Penang
2. Sumbangan pegawai keselamatan pekerjaan (SHO)
3. Pendakwaan ke atas isu-isu keselamatan yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecacatan kekal.
4. Minggu keselamatan dan kesihatan yang bakal diadakan bagi meningkatkan kesedaran
5. "Penang Lead" motto yang akan menjadi nadi penggerak kearah sesuatu yang berbeza agar keputusan berbeza dapat dikecapi
6. Isu terkini melibatkan penguatkuasaan yang akan bertambah.
7. Penguatkuasaan Global Harmonise System (GHS) mengganti CPL.
8. Menambahan kakitangan DOSH dari 57 ke 197 orang
9. Mata yang perlu dikumpul bagi SHO bagi tujuan pendaftaran semula sebanyak 150 ( 3 tahun)
10. Pakaian seragam bagi SHO bagi dikenali sebagai pengamal keselamatan kesihatan pekerjaan wilayah utara.

Tahniah buat Protem NRG-SHE dan Kakitangan DOSH Penang. Syabas.

Sabtu, 25 April 2009

Park at your own risk

Perkataan di atas seringkali menghantui pemandu setiap kali meletakkan kenderaan mereka di kawasan tempat letak kereta tetapi menghadapi masalah sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada kenderaan yang diletakkan. Terbaharu dari Mahkamah Majistrate Penang mengarahkan pengusaha tempat letak kereta agar membayar jumlah barang yang telah hilang kepada seorang peguam semasa beliau meletakan kenderaan di tempat letak kereta di situ.

"Reasonable Care" harus ditunjukkan oleh mana-mana pihak dalam menjalankan tanggungjawab. Jangan hanya perkataan "Tangggungjawab Anda Sendiri" digunakan kerana ia tidak berkesan di mahkamah sekiranya anda tidak menunjukkan sikap mengambil berat setelah duit pembayaran untuk perkhidmatan telah diambil daripada pengguna.

Selepas ini, kepada mana-mana majikan yang ingin menggunakan kaedah yang serupa, berfikir dahulu sebelum menggunakan perkataan "Keselamatan Tanggung Jawab Anda Sendiri di Tempat Kerja".

Selasa, 21 April 2009

Salam dan Selamat Sejahtera

Selamat datang ke laman blog ehsmapis. Terlebih dahulu izinkan saya menyampaikan maksud bagaimana terhasilnya blog "Keputusan Berbeza" ini. Blog ini bukan merujuk kepada mana-mana pihak dan juga cuba melibatkan mana-mana pihak dalam pertelingkahan pendapat. Ianya diwujudkan oleh Mapis bagi menyampaikan pendapat dan cetusan rasa beliau mengenai perjalanan hidup yang telah ditempuh buat tatapan orang yang mengenali dan agar menjadi bahan bacaan atau rujukan bagi mereka yang yakin akan kata-kata "keputusan berbeza: Mana mungkin kita akan dapat keputusan berbeza sekiranya kira melakukan perkara yang sama saban hari, saban minggu, saban bulan, saban tahun...mana mungkin".

Cetusan pendapat dan idea serta teguran akan merangkumi segala topik yang menarik minat terutama dalam bidang keselamatan kesihatan pekerjaan, motivasi, isu semasa dan apa yang menarik untuk difikirkan. Moga ruangan blog ini akan dimanafaatkan oleh orang-orang yang terbuka mindanya untuk menerima pandangan orang lain.

Terima Kasih