Rabu, 11 Ogos 2010

Program Jalinan Kasih



Program yang julung kali diadakan disini berjaya menarik minat ibubapa berkat hasil kerjasama yang digerakan oleh Persatuan Ibu Bapa Guru dan dibantu oleh Pengurusan NCER En. Shamsyul Tajri. Penulis dijemput untuk sekali lagi berkongsi pengalaman hidupnya sebagai hamba-Nya dan pada masa yang sama memberikan kata-kata semangat kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Air mata yang dicurahkan bukan sahaja menjadi sebahagian dari tanda terharunya pelajar akan pengorbanan ibu dan bapa yang selama ini menjaga mereka tetapi juga timbulnya kesedaran dihati nurani pelajar bahawa mereka yang disayangi tidak akan sentiasa bersama mereka buat selamanya. Pelukan erat dan dakapan seorang ayah serta ibu mempu melepaskan berbagai perasaan terpendam yang sekian lama tersimpan dalam diri pelajar.

Dan kata-kata serta bisikan ke telinga “Abah/Ibu, tiada abah/ibu sehebatmu” mampu melumpuhkan kecekalan seorang ibu malahan juga keegoan seorang abah dari menitiskan air mata yang amat berharga, walaupun sebahagian bapa mencuba sedaya upaya mereka menahan air mata dari jatuh ke pipi.

Doa penulis agar semua pelajar Sekolah Kebangsaan Ibrahim bakal menempa sejarah sekali lagi dengan mengekalkan kedudukan sebagai sekolah No.1 di Sungai Petani dan keputusan yang dicapai bakal melahirkan seorang pelajar yang mempunyai sahsiah yang terpuji disamping pencapaian akedemik yang cemerlang.

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan